Kerajaan digesa perluas program bantu rakyat terjejas inflasi

June 9, 2022 · Isu semasa

Kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga, dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi, kata Bersatu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu antara yang tercapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

Hamzah, yang turut menyadang jawatan Menteri Dalam Negeri berkata, MPT Bersatu turut mahukan Kerajaan memberi fokus utama kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Justeru itu, Bersatu akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksakan di beberapa kawasan.

“Program ini mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah,” katanya lagi.

Hamzah berkata, mesyuarat MPT itu antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti, dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.

Mengenai pengurusan parti, beliau berkata, MPT telah menetapkan tarikh persidangan Cawangan bermula 19 Ogos sehingga 18 September 2022, manakala persidangan Bahagian bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober, 2022.

Ujarnya lagi, Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2022 pula ditetapkan pada 12 dan 13 November 2022.

“Manakala urusan pemilihan parti di peringkat cawangan akan ditangguhkan ke suatu tarikh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan,” katanya lagi, lapor Astro AWANI.

Di samping itu Hamzah berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk melantik bekas Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad sebagai ahli MPT yang terbaharu. – Artikel kredit SatuBerita

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok