Najib guna alasan hakim disiasat SPRM mohon batal sabitan kes SRC

June 7, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Berhad mahu memohon untuk membatalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu mahu menggunakan alasan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam permohonan yang difailkan peguamnya untuk menghantar bukti baharu di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Najib, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah berkata permohonan itu dibuat memandangkan Nazlan yang mendengar perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi, mempunyai beberapa konflik kepentingan dalam perkara itu.

“Bukti baru yang ingin dikemukakan berkenaan penemuan terbaru bahawa hakim kes SRC, Nazlan, pada 2006 merupakan ketua penasihat undang-undang kumpulan dan setiausaha syarikat untuk Kumpulan Maybank, yang memiliki tanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran semua jabatan perundangan seluruh kumpulan itu,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata, perkara itu relevan kerana pihaknya baru-baru ini mendapati Maybank Investment Bank Bhd adalah badan yang mencadangkan penubuhan SRC International.

Maybank Investment juga pemilik penuh Bina Fikir Sdn Bhd, yang dipertanggungjawab dalam soal penyelidikan dan nasihat berkaitan penubuhan SRC International, katanya lagi.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Najib apabila kes berkaitan SRC yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan berkaitan, mengatakan ia “palsu, tidak berasas serta berniat jahat”, untuk mencemar kebolehpercayaan terhadap dirinya selaku hakim.

Nazlan pada 2020 mensabitkan kesalahan ke atas Najib dan menjatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Rayuan Najib sedang menanti pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok