Kes HFMD direkod Pulau Pinang meningkat dua kali ganda

June 7, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 3,990 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pulau Pinang sejak Januari sehingga minggu epid ke-23 (29 Mei hingga 4 Jun) tahun ini, iaitu peningkatan 22 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata sebanyak 119 kluster HFMD dilaporkan sepanjang tempoh sama berbanding hanya tujuh kluster pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 16 kali ganda, lapor Bernama.

“Sehingga minggu ke-23 jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan adalah sebanyak 3,990 kes berbanding dengan hanya 176 kes pada tempoh yang sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 22 kali ganda.

“Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 1,727, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 kali ganda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya daripada jumlah itu, daerah Barat Daya mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 988 kes (24.8 peratus), diikuti Seberang Perai Tengah (867 kes/21.7 peratus), Seberang Perai Utara (826 kes/20.7 peratus), Timur Laut (786 kes/19.7 peratus) dan Seberang Perai Selatan mencatatkan 523 kes iaitu 13.1 peratus.

Norlela berkata kes HFMD di negeri ini banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah sebanyak 3,357 kes iaitu 88.65 peratus, diikuti kumpulan berusia tujuh hingga 12 tahun sebanyak 377 kes (9.45 peratus), manakala selebihnya berusia lebih 12 tahun iaitu 256 kes (1.9 peratus).

Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati semua pengusaha dan pengasuh di taska, tadika dan tabika untuk sentiasa memastikan kebersihan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak.

”Pengusaha dan pengasuh di taska juga perlu membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.

“Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya,” katanya.

Beliau berkata pengusaha juga perlu mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain.

Selain itu, menurutnya semua pihak haruslah mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit termasuk Covid-19 seperti memakai pelitup muka dan menghadkan pergaulan rapat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok