Pahang tarik balik gelaran Datuk Seri Nicky

April 26, 2021 · Isu semasa

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan anugerah darjah kebesaran negeri Pahang yang dikurniakan kepada penjenayah yang sedang diburu, Liow Soon Hee atau ‘Datuk Seri Nicky’ ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, Liow sebelum ini dianugerakan Darjah Sri Sultan Ahmad Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dalam satu kenyataan hari ini, turut ditarik gelaran itu ialah seorang lagi individu dipercayai adik kepada Nicky iaitu Liow Wei Loon yang sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran datuk.

Sallehuddin berkata, kedua-dua individu itu tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran dan mereka diarah mengembalikan pingat kebesaran itu kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

Nicky yang mengetuai kumpulan penjenayah terancang sempat melarikan diri ketika serbuan pasukan khas polis kontinjen Johor di kawasan Setia Walk di Puchong, Selangor.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok