JKR akui kontrak selenggara Istana Negara RM519 juta, beri penjelasan

June 2, 2022 · Isu semasa

Susulan tular kontrak menyelenggara Istana Negara yang mencecah ratusan juta, Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

JKR dalam satu kenyataan menjelaskan kontrak RM519 juta yang tular dalam media sosial adalah kontrak semasa bagi tempoh selama tujuh tahun yang akan berakhir pada 30 Jun tahun ini.

Jelas JKR lagi, kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Penyenggaraan Berjadual Bangunan Kerajaan (Versi 2008) yang ditetapkan JKR.

“Skop kontrak adalah meliputi kawasan yang berkeluasan 241.3 ekar, merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Formal (Balairong Seri, Dewan Bankuet, Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja) dan Komponen Diraja (Kamar Peraduan, Kamar Santapan, Bilik Tetamu Diraja).

“Selain itu, Komponen Pentadbiran (Pejabat Pentadbiran dan Keselamatan, Surau, bangunan sokongan dan lain-lain) dengan keseluruhan keluasan lantai kasar sebanyak 89,525 meter persegi.

“Justeru, kos yang diterbitkan daripada senarai kuantiti adalah berasaskan kepada keperluan pengoperasian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut JKR berkata, segala kemudahan di premis tersebut perlu sentiasa dikekalkan dalam keadaan terbaik.

“Ini sesuai dengan kedudukan premis berkenaan sebagai bangunan peringkat kebangsaan yang melambangkan kedaulatan, identiti, kebudayaan dan imej negara,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah portal mengeluarkan laporan mendakwa rakyat Malaysia bengang dengan tindakan jabatan tersebut membayar RM519 juta kepada sebuah syarikat pemegangan pelaburan bagi pengurusan kemudahan di Istana Negara.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok