Kontroversi anak bercium tak patah semangat Ridhuan Tee berdakwah

May 25, 2022 · Isu semasa

Pendakwah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan kontroversi video panas membabitkan anaknya yang juga pendatang baharu dalam dunia lakonan, Syafi Tee, sebagai ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta.

Ridhuan Tee sebelum ini kerap memberikan komen mengenai kehidupan artis. Antaranya, kontroversi membabitkan video panas Zul Ariffin dan perlakuan mesra peserta program realiti, Big Stage 2022, Yazmin Aziz dan Danial Chuer.

Kontroversi tercetus apabila tular klip video aksi panas Syafi berdurasi 26 saat bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya, menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Sebelum ini, Syafi juga pernah menimbulkan kontroversi apabila video berpelukan bersama seorang wanita tular, tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Ridhuan Tee bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat mengenainya dan anak beliau.

“Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Mengakui sebagai manusia beliau juga lemah dan tidak sempurna, Ridhuan Tee berkata beliau tidak patah semangat dan akan terus menjalankan tanggungjawab amal makruf nahi mungkar, meskipun berlaku kepada anak sendiri.

“Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna,” katanya.

Berita berkaitan
Bapa mengaku bersalah dalam perbicaraan kes tumbuk, tendang anak
November 7, 2023· Isu semasa
Bicara kes pelakon Hafidz Roshidi cedera bekas isteri ditetapkan 6 Feb
October 4, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Isteri dan anak bekas MB Negeri Sembilan UMNO antara calon PRN
July 21, 2023· Politik
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok