Bapa mengaku bersalah dalam perbicaraan kes tumbuk, tendang anak

November 7, 2023 · Isu semasa

Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya dengan menendang dan menumbuk mangsa yang berusia 12 tahun, minggu lepas.

Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Buaya, Kampung Perah di sini pada 5 petang, 29 Okt 2023, lapor Bernama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya dan boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Atiyah Shafiee memohon tarikh baharu bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan menawarkan jaminan RM5,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Murni Che Mood yang mewakili duda dua anak itu memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang berpendapatan tidak tetap, perlu menanggung anak dan ibu bapanya.

Majistret Savinder Singh membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov untuk sebutan semula kes.

Semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang di tepi jalan Kampung Perah, Gerik, kira-kira 3.45 petang, 30 Okt.

Pada 30 Okt, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, pada petang 29 Okt.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood memaklumkan siasatan awal mendapati suspek bertindak menumbuk dan menendang belakang badan kanak-kanak itu, serta melibas sebilah parang yang berada di tangannya dan hampir mengenai mangsa.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok