1,111,499 kanak-kanak lengkap dua dos vaksin Covid-19 hingga semalam

May 22, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 31.3 peratus atau 1,111,499 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu hingga semalam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu 1,671,828 atau 47.1 peratus kanak-kanak lagi menerima dos pertama daripada vaksin dua dos.

Semalam sahaja sebanyak 18,312 dos vaksin diberikan kepada kanak-kanak dengan 11,485 adalah dos kedua dan 6,827 dos pertama.

Sementara itu, jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak juga meningkat kepada 16,078,909 individu atau 68.3 peratus daripada keseluruhan lebih 62.08 juta dos yang diberikan kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari 2021 lalu, seramai 22,972,623 atau 97.6 peratus individu dewasa telah lengkap menerima dua dos, manakala 23,248,575 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 93.5 peratus atau 2,909,039 telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 70.78 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia termasuk rakyat asing sehingga semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok