Nama Khairy muncul dalam perbicaran kes rasuah VLN libatkan Zahid

May 20, 2022 · Isu semasa

Nama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara 2014 hingga 2018 hari ini.

Nama bekas Ketua Pemuda UMNO dipetik semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khun oleh peguam bela Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Nama Khairy terdapat dalam dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Vui Khun yang juga saksi pendakwaan ke-15 kemudian mengesahkan perkataan berkenaan dalam buku itu, namun tidak pasti ia merujuk kepada siapa.

Ahmad Zaidi: Tahu mengenai wang diberikan oleh Wan Quoris (Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) kepada KJ seperti dalam buku lejar?

Vui Khun: Saya tidak tahu tetapi beliau (Wan Quoris) akan membuat permintaan dengan saya (untuk beri wang).

Ahmad Zaidi: KJ tiada kaitan dengan perniagaan UKSB. Boleh saya andaikan wang itu untuk dana politik?

Vui Khun: Saya boleh andaikan sedemikian.

Ahmad Zaidi: Saya cadangkan awak tahu Wan Quoris pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?

Vui Khun: Saya tidak pasti Wan Quoris pernah kerja dengan KJ, namun beliau beritahu mengenali KJ dengan baik.

Semalam, Vui Khun memaklumkan kepada mahkamah wang diberi oleh syarikat itu kepada Zahid bukan bermotifkan rasuah, sebaliknya untuk dana politik.

Kelmarin, saksi itu mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Selain itu, Vui Khun mengesahkan pendapatan UKSB hasil daripada subkontraktor di Hong Kong yang dilantik syarikat itu untuk melaksanakan sistem VLN.

Ditanya oleh Ahmad Zaidi mengenai sumber dana untuk membayar beberapa individu dalam buku lejar itu, Vui Khun berkata, ia adalah sumber yang sama dari Hong Kong.

Saksi berkenaan juga mengakui wang digunakan untuk membayar individu terbabit tidak dimasukkan dalam akaun bank milik UKSB.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok