Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang

July 18, 2021 · Isu semasa

Selepas kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Selangor, Ronnie Liu yang merentas negeri untuk membela pekebun haram di Raub baru-baru ini, hari ini pihak berkuasa menahan seorang lagi ADUN negeri itu yang memasuki hutan di Sungai Koyan, Lipis.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lipis menangkap ADUN Teratai dari Selangor, Bryan Lai Wai Chong bersama rombongannya di Kampung Rakoh, Pos Lenjang.

Pihak berkuasa juga menyita 11 buah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan mereka.

JPNP dalam kenyataannya berkata, hasil siasatan awal mendapati, kumpulan itu memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai sekitar pukul 11 pagi semalam tanpa kebenaran dan dimaklumkan untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Lipis.

“Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan untuk saringan kesihatan.

“Sisatan lanjut dijalankan dibawah Seksyen 47 dan 88 Akta Perhutanan Negara, masing-masing keperluan permit memasuki hutan simpan serta kuasa menangkap, menyita dan menyiasat oleh pegawai perhutanan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya kenyataan tersebut, siasatan masih lagi diteruskan bersama pihak PDRM.

Pada 5 Julai lalu, Liu merentas negeri dari Selangor ke Pahang bagi mempertahankan pekebun durian haram yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub.

Tidak pasti tujuan ADUN Sungai Pelek itu hadir ke perkarangan mahkamah tersebut ketika sekatan rentas negeri sedang dilaksanakan, bagaimanapun dalam satu video yang tular beliau didapati bertegang urat dengan pihak berkuasa yang sedang bertugas semasa pekebun tersebut sedang dibawa turun daripada trak polis.

Turut kelihatan dalam video tersebut Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang cuba menenangkan Liu daripada meneruskan provokasi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok