Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga

June 19, 2022 · Isu semasa

Selebriti popular, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7.40 malam tadi.

Allahyarhamah dilaporkan bertarung sakit kanser ovari tahap empat dan hanya kenalan rapat mengetahui penyakit dihidapinya selepas diminta ia dirahsiakan.

Pemergian Adibah Noor diberitahu rakan dan bekas pelakon Datin Seri Emylia Rosnaida dalam media sosial di Hospital Gleneagles.

Menurut laporan media, allahyarhamah akan dibawa pulang ke rumah bapanya di Keramat Permai malam ini.

Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor dan menyifatkan ia satu kehilangan besar buat dunia seni negara.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga selebriti serba boleh Allahyarhamah Adibah Noor yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Semasa hayatnya Allahyarhamah adalah seorang artis berbakat besar dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan serta  menjadi idola ramai.

“Pemergian Adibah Noor adalah satu kehilangan besar kepada dunia seni negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Selain kemerduan dalam nyanyian, suara Adibah kerap melatari iklan dan dia membintangi filem seperti Sepet, Gubra dan Nasi Lemak 2.0.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan penyanyi dan pelakon Ani Mayuni (gambar bawah) berkata Adibah pernah memberitahunya bahawa dia menghidap penyakit kanser namun meminta agar perkara itu dirahsiakan.

Arwah minta jangan hebohkan mengenai dia sedang menanggung kesakitan,” katanya.

Selebriti dengan nama penuhnya Aishah An-Nur Osman itu juga memberitahu kesihatan arwah semakin merosot selepas menyertai program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV).

“Selepas habis GV dan masa nak shooting GV Raya, masa itu Arwah mula demam sekejap sekejap dan lama sangat dia dimasukkan ke dalam wad.

“Rasa macam pelik kenapa tak keluar keluar (dari hospital)?, ingatkan Covid-19 tetapi bila tanya secara peribadi, baru dapat tahu dia ada kanser dan baru sahaja jalani pembedahan.

“Arwah sedang berpantang, nak berehat dan tak ambil show semua, yang kamu tengok dia muat naik gambar, masa dia dah kurus baru-baru ini, itu adalah shownya yang pertama selepas berehat,” kata Ani yang merupakan bekas peserta GV pada musim sama disertai Adibah Noor.

Allahyarhamah Adibah pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lagu Balada Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2006.

Berita berkaitan
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
SPRM siasat anak bekas PM
May 23, 2023· Isu semasa
Bersatu masih tunggu jawapan KJ, tawar jawatan Majlis Tertinggi
May 17, 2023· Politik
Menteri DAP pernah minta selesai kes kalimah ALLAH luar mahkamah
May 17, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
29 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok