Tahniah rakyat Malaysia! Kes Covid-19 tak naik selepas Aidilfitri: Khairy

May 19, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.

Menurutnya kerana sikap rakyat Malaysia dan kesediaan mereka untuk belajar hidup dengan virus itu menyebabkan jangkitan tidak meningkat kepada jumlah yang memberangsangkan selepas sambutan Aidilfitri lalu.

Beliau berkata ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan mereka masih patuh dengan prosedur operasi standard dalam mengekang penularan Covid-19.

“Kita lihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik, apabila berada di kawasan terbuka atau di luar masih lagi pakai pelitup muka.

“Ini bermakna rakyat Malaysia sudah tahu macam mana nak ‘hidup’ dengan Covid-19. Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, tidak keluar, tidak campur atau mereka akan mengasingkan diri,” katanya diminta mengulas mengenai faktor jumlah kes Covid-19 yang dilihat masih terkawal sejak kebelakangan ini meskipun dijangka meningkat selepas musim perayaan Aidilfitri..

Beliau ditemui selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 di ibu negara hari ini.

“Kita tidak perlu mempunyai peraturan yang ketat atau mengeluarkan kompaun kerana – berbanding negara lain yang peraturannya agak longgar – tetapi melihat kepada kita… kita tidak mempunyai masalah.

“Kadar vaksinasi kita yang tinggi juga membantu mengurangkan jumlah kes teruk di negara ini. Kita melihat hospital kita sekarang, ia tidak penuh dengan pesakit Covid-19. Kita dapat memberi perhatian kepada kes dan isu lain seperti asma.

“Dan ini semua kerana rakyat Malaysia,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mungkin terdapat sedikit peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri, tetapi kemungkinan besar melibatkan kes kurang serius iaitu Kategori 1 dan 2.

Pada 12 Mei, Dr Noor Hisham mengakui terdapat peningkatan dalam kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara walaupun tiada peningkatan drastik dalam kes.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar kejangkitan iaitu kes baharu Covid-19, pemulihan serta mengambil kira komuniti yang masih belum dijangkiti dan komuniti yang telah divaksin.

Semalam, negara merekodkan 2,017 jangkitan baharu – naik setelah dua hari sebelumnya mencatat kes harian di bawah 2,000.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam sebanyak 4,483,295 kes, dengan 4,417,694 pesakit telah pulih, dan 29,971 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 28,679 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 19 ditempatkan di PKRC; 1,235 dimasukkan ke hospital; dan 38 dirawat di unit rawatan rapi dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok