2,017 kes baharu, tujuh kematian

May 19, 2022 · Isu semasa

Setelah dua hari jangkitan harian Covid-19 berada dalam lingkungan 1,500, kes terbaharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 18 Mei 2022) di seluruh negara kembali melepasi angka 2,000.

Dalam tempoh itu, sebanyak 2,017 jangkitan baharu direkodkan, naik 548 kes, berbanding 1,469 yang dicatat pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam sebanyak 4,483,295 kes, dengan 4,417,694 pesakit telah pulih, dan 29,971 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 28,679 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 19 ditempatkan di PKRC; 1,235 dimasukkan ke hospital; dan 38 dirawat di unit rawatan rapi dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 kekal menjadi penyumbang terbesar kes harian semalam iaitu sebanyak 1,393 kes, diikuti 419 kes (individu menerima dua dos); 170 kes (tidak divaksinasi); dan 35 kes (individu belum lengkap vaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan 11 negeri merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam berbanding Selasa, namun nisbahnya adalah kecil.

KKM juga melaporkan tujuh pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Daripada tujuh kes itu, Pulau Pinang mencatat tiga kematian diikuti masing-masing satu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Lima negeri dan Wilayah Persekutuan kekal mencatat jumlah kematian akibat Covid-19 melebihi 2,000 sejak 2020 lalu hingga semalam, iaitu Selangor sebanyak 10,650 kes; Johor (4,513); Sabah (3,126); Kuala Lumpur (2,820); dan Kedah (2,639 kes).

Tiada kluster baharu Covid-19 direkodkan semalam, namun 45 daripada 7,011 kluster yang dilaporkan sebelum ini, masih aktif.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 18 Mei 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok