2,239 kes baharu, tiga kematian

May 16, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 15 Mei) turun sedikit berbanding jumlah kes yang dicatat pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,239 jangkitan baharu direkodkan, turun berbanding 2,373 kes pada Sabtu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 4,478,112 kes.

Daripada jumlah kes positif itu, 4,411,762 pesakit telah sembuh manakala 30,735 kes masih aktif, termasuk 29,516 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,170 pesakit masih dirawat di hospital, dan 45 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hanya empat pesakit kini masih ditempatkan untuk rawatan di PKRC seluruh negara.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan kes di tiga negeri meningkat berbanding Sabtu, namun nisbahnya adalah kecil.

Selangor mencatat 1,148 kes berbanding 2,373 kes pada Sabtu, diikuti Johor (87 kes, 55 Sabtu); dan Kelantan (13 kes, 11 pada Sabtu).

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes BID.

Dua daripada kes kematian semalam dilaporkan di Johor dan satu kes di Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok