Jakim siasat prosedur sembelihan syarikat Australia diiktiraf halal

May 10, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah dalam kenyataan hari ini berkata siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan juga pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agriculture, Water and the Environment’ (DAWE), lapor Bernama.

Beliau berkata perbincangan antara Jakim dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia juga telah diadakan pada 28 April lepas, bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada Kerajaan Malaysia secepat mungkin.

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara tersebut termasuk melibatkan pegawai Jakim sekiranya ada.

Hakimah berkata Jakim juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut demi kepentingan semua pihak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengam Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal Jakim.

Presiden Pekemas Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia dilaporkan berkata berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di TFI, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas pelanggaran protokol penyembelihan.

Isu ini bermula dengan dakwaan seorang penulis di internet pada 1 April 2022 yang mendedahkan mengenai ketidakupayaan Thomas Foods Industries dalam membekalkan daging kepada orang Islam di Malaysia, bertajuk JAKIM Still Turning a Blind Eye to Halal Entegrity Issues.

Lelaki berbangsa Australia itu turut mendedahkan video miliknya yang menunjukkan keadaan pusat pengendalian penyembelihan yang tidak patuh syariat Islam dan ada binatang yang lemas dalam limpahan darah sebelum ia disembelih.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok