Sesi persekolahan kembali normal, pelajar wajib hadir ke sekolah

April 28, 2022 · Isu semasa

Sesi persekolahan di seluruh negara kembali menjadi normal dengan kehadiran adalah diwajibkan, susulan pengumuman Kementerian Kesihatan yang memberi beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) mulai 1 Mei depan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata jika sebelum ini kehadiran pelajar ke sekolah adalah tidak diwajibkan di mana mereka tidak diambil tindakan disiplin jika tidak hadir, namun kini keadaan kembali menjadi normal.

“Jadi pada kita bergerak ke fasa endemik ini mewajibkan kehadiran murid ke sekolah namun seperti biasa sekiranya ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat hadir ke sekolah maka perlu maklumkan kepada pihak sekolah.

“Apa yang paling penting perbezaan dengan apa yang kita laksanakan sebelum ini. Kehadiran ke sekolah adalah diwajibkan sepertimana sebelumnya sebelum datangnya pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Radzi berkata, KPM juga membuat keputusan tiada lagi penjarakan fizikal di dalam kawasan sekolah dan guru diberi pilihan untuk melaksanakan pendekatan yang dirasakan terbaik dalam penyusunan murid dan kelas.

“Penjarakan fizikal menjadi komponen paling penting kerana sebelum ini kita menetapkan penjarakan satu meter dan ia menimbulkan pelbagai kekangan kepada sekolah.

“Selepas pengumuman KKM, kita membuat ketetapan bahawa tiada lagi penjarakan fizikal di dalam kelas dan sekolah, namun ia digalakkan dalam keadaan warga serta murid sekolah tidak memakai pelitup muka.

“Dengan ketetapan itu, guru boleh memilih pendekatan paling baik dalam penyusunan di kelas, namun harus dipastikan semua murid memakai pelitup muka,” katanya.

Radzi berkata pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup dalam premis sekolah kekal diwajibkan.

Katanya, kelonggaran membabitkan pemakaian pelitup muka sekiranya bersendirian, semasa mengajar di dalam kelas, semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.

Sementara itu, Radzi juga mengumumkan, keperluan imbasan kod MySejahtera tidak lagi perlu dilakukan pelawat ke sekolah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok