MAQIS rampas produk babi bernilai RM453,600

April 27, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 9,180 kilogram (kg) produk babi bernilai RM453,600 kerana diimport tanpa permit di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini dua hari lepas.

Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata pemeriksaan pihaknya mendapati sebuah kontena yang membawa 1,125 kotak produk babi dari China itu diimport ke Malaysia tanpa permit import MAQIS, lapor Bernama.

“Semua produk babi yang telah ditinkan itu dianggarkan bernilai RM453,600 dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tindakan penguatkuasaan perlu diambil bagi menghalang risiko kemasukan virus penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negara ini yang mampu menjejaskan industri penternakan babi di Malaysia.

Beliau berkata antara produk berisiko berlaku penularan ASF ialah babi salai, sosej babi, produk babi yang ditinkan dan seumpamanya.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
13 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok