Pasukan khas siapkan laporan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan

April 26, 2022 · Isu semasa

Laporan akhir bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan disedia dan dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya, lapor Bernama.

Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan berkata mesyuarat mengambil maklum laporan interim yang dibentangkan PPK pada 25 April (semalam) dan turut memberikan input penambahbaikan untuk perhatian pasukan itu.

“Sehingga kini, PPK ini sudah mengadakan 12 mesyuarat membabitkan beberapa siri mesyuarat PPK dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Legal Aspects, Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance dan Jawatankuasa Kecil Hubungan Malaysia-Singapura,” katanya.

Pasukan itu dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mengesyorkan opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan dalam tempoh enam bulan.

“Kerajaan amat komited dengan keputusan ini untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan,” katanya.

PPK dipengerusikan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan dianggotai bekas Duta Besar Malaysia ke The Hague Datuk Ahmad Nazri Yusof, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddin (peguam).

Turut menganggotai PPK itu, wakil kerajaan negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, wakil Jabatan Peguam Negara Datuk Umar Saifuddin Jaafar, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Hamdan Ab. Aziz serta wakil Kementerian Luar Negeri Shaharudin Onn.

Berita berkaitan: Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra 

Berita berkaitan
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Dua bekas calon kalah PRU dilantik jadi Senator, Wan Junaidi dilantik Speaker
June 19, 2023· Politik
Wan Junaidi sahkan terima tawaran jawatan Speaker Dewan Negara
June 18, 2023· Politik
MP Sabah perlu kosongkan kerusi: Kata bekas menteri undang-undang
December 12, 2022· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
July 1, 2022
Banjir: Sesi pembelajaran 31 sekolah di Johor esok ditangguh
January 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok