MP Sabah perlu kosongkan kerusi: Kata bekas menteri undang-undang

December 12, 2022 · Politik

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-Undang) yang menguruskan akta antilompat parti sehingga diluluskan Parlimen sebelum ini, berpendapat empat ahli Bersatu Sabah perlu mengosongkan kerusi Parlimen mereka.

Beliau berpendapat pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan mengikut undang-undang antilompat parti, yang digubal jawatankuasa Parlimen diketuainya sebelum ini.

Wan Junaidi berkata, tidak penting sama ada empat ahli Parlimen (MP) itu bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau mewakili mana-mana gabungan lain, kerana ia hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti mereka.

Beliau juga menolak cadangan Bersatu Sabah adalah entiti berasingan daripada Bersatu kerana menurutnya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak akan membenarkan permohonan sedemikian.

“Saya merangka undang-undang itu untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya menurut FMT.

Empat MP yang mencetuskan polemik itu adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Jonathan Yasin (Ranau); dan Matbali Musah (Sipitang).

Ini susulan tindakan pemimpin Bersatu Sabah mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu, kelmarin.

Susulan itu, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata undang-undang antilompat parti akan dirujuk terhadap empat MP Bersatu yang membuat keputusan keluar parti mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, peletakan jawatan empat Ahli Parlimen itu perlu diterima secara rasmi Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin untuk mengesahkan mereka telah keluar parti.

“Jika ya, mereka perlu mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan.”

Di bawah undang-undang anti-lompat parti, yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, MP kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain. Pengecualian untuk MP yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Wan Junaidi berkata, mengikut prosedur, MP akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.

“Apabila speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka. Saya tidak pasti sama ada mahkamah akan mentafsirnya dengan cara lain kerana ia jelas termaktub dalam undang-undang,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Dr Siti Mastura tak gentar berdepan ‘warlord’ UMNO di Kepala Batas
November 8, 2022
Saksi pertahan kenyataan bayar Guan Eng, ‘saya tidak diajar tukar cerita’
July 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok