Tindakan pantas tangani pandemik bolehkan kehidupan kembali normal

April 18, 2022 · Isu semasa

Tindakan pantas kerajaan menangani pandemik Covid-19, termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta program imunisasi, membolehkan seluruh sektor kehidupan dibuka semula.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan pada peringkat awal pandemik itu bersyukur kerana hasil usaha gigih kerajaan ketika itu, kini rakyat dapat menjalani kehidupan biasa.

Ini adalah hasil tindakan pantas dan drastik Kerajaan ketika itu memperkenalkan program imunisasi besar-besaran kepada rakyat jelata yang menyaksikan hampir kesemua populasi dewasa sudah menerima dos lengkap vaksinasi masing-masing.

“Keadaan ini membolehkan seluruh sektor kehidupan dibuka sepenuhnya seperti sediakala,” Dalam perutusan sempena Hari Nuzul al-Quran kepada seluruh umat Islam, malam ini.

Katanya, rakyat seharusnya berasa beruntung kerana pada tahun ini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan sambutan Nuzul al-Quran sebagaimana biasa seperti majlis tadarus dan tadabur serta majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai di masjid atau di surau.

“Alhamdulillah, saya difahamkan hampir kesemua masjid dan surau di negara ini menganjurkan majlis seperti ini.

“Keadaan ini berbeza ketika negara berada dalam tempoh pelaksanaan PKP akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu yang mana semua majlis sedemikian hanya boleh diadakan di rumah masing-masing,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Justeru, Muhyiddin mengajak umat Islam menggunakan peluang yang ada untuk melipatgandakan amalan yang dituntut seperti solat fardu berjemaah, solat tarawih, qiamullail di masjid atau surau serta bersedekah terutama kepada golongan yang memerlukan.

“Selain menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Nuzul al-Quran ini, marilah kita sama-sama memanfaatkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita memperoleh keberkatan daripadanya.

“Saya juga berdoa semoga kita semua diberi kesihatan dan dipermudahkan Allah untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadan ini, insya-Allah. Selamat menyambut Hari Nuzul al-Quran 1443H,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok