SIRIM perjelas isu sijil pelitup muka, tak ulas jenama dikeluarkan menantu PM?

April 18, 2022 · Isu semasa

Sijil yang dikeluarkan bagi pelitup muka bertujuan memastikan produk berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Ujian dan pensijilan SIRIM QAS International dikeluarkan ke atas pelitup muka bertujuan untuk memastikan ia berkualiti, bagaimanapun agensi itu tidak mengulas mengenai jenama pelitup muka menantu Perdana Menteri (PM) yang tular dalam video terputus talinya sebanyak dua kali.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, tanda MS SIRIM melalui ujian dan proses pengauditan teliti yang dijalankan bagi produk yang dihasilkan atau dijual di Malaysia adalah bagi menjamin keselamatan seterusnya kualiti untuk memelihara kepentingan pengguna.

SIRIM QAS International menjalankan ujian berdasarkan standard SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149, untuk mengukur fungsi, kualiti dan keselamatan pelitup muka bukan perubatan.

“Ini termasuk menentukan ia mampu melindungi pemakai daripada jangkitan selain selesa untuk dipakai dan mudah bernafas. Semua standard ini menetapkan pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kadar kecekapan penapisan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bermula 1 Januari 2023, pelitup muka bukan perubatan memerlukan pensijilan dan label SIRIM sebelum dijual.

Arahan ini selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 dan bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan, sama ada keluaran tempatan atau yang diimport, mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Beliau turut memberi maklum balas berkaitan kegusaran pengguna mengenai kenaikan harga pelitup muka bukan perubatan berikutan ujian dan pensijilan mandatori terhadap produk tersebut.

Dalam perkembangan lain, SIRIM QAS International akan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pengilang dan pemain industri berkaitan proses ujian dan pensijilan pelitup muka bukan perubatan,” katanya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok