Pengeluaran KWSP RM10,000 dikreditkan bermula esok

April 17, 2022 · Isu semasa

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan diawalkan kepada 18 April, 2022 daripada 20 April yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pengeluaran tersebut akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai Isnin (18 April), lapor Bernama.

“Ramai yang menghantar mesej dan memberi komen dalam akaun media sosial saya dan berkata: “YB (Yang Berhormat)…pengeluaran KWSP boleh dipercepatkan tak?”.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, selepas berbincang dengan KWSP, justeru itu sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, 2022 dan bukannya 20 April, 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Permohonan pengeluaran khas tersebut mula dibuka pada 1 April lepas manakala tarikh akhir permohonan adalah pada 30 April, 2022.

Tengku Zafrul berharap pengeluaran tersebut akan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia.

Beliau juga turut berkata wang tersebut dapat membantu mengurangkan beban yang di tanggung rakyat Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan ahli KWSP di bawah usia 55 membuat pengeluaran dana persaraan mereka sebanyak RM10,000 buat kali terakhir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lepas dalam satu sidang media khas berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemohon boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas – https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok