KKM keluar 33 notis kesalahan merokok di KL malam tadi

March 31, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 33 notis dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM11,250.

Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM Dr Noraryana Hassan berkata kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok ke atas 13 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 21 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan baki 12 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 12(1)(a) iaitu tanggungjawab pemilik atau pengusaha tempat makan mempamerkan tanda larangan merokok.

“Operasi ini menumpukan kepada pembanterasan aktiviti menghisap shisha yang juga jatuh di bawah kategori merokok dilihat semakin dipandang enteng oleh masyarakat. Saya rasa ramai yang mungkin alpa dan berfikir merokok itu hanya tertumpu kepada rokok konvensional dan rokok elektronik sahaja.

“Mereka mungkin lupa bahawa menghisap shisha di tempat-tempat larangan termasuklah di tempat makan juga adalah satu kesalahan,” katanya memetik laporan Bernama.

Operasi bersepadu itu berlangsung selama kira-kira empat jam bermula 8 malam tadi disertai 65 anggota dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Nor Halizam Ismail berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen membenarkan penyediaan perkhidmatan shisha kepada mana-mana premis dan menegaskan kompaun sehingga RM2,000 akan dikeluarkan kepada mana-mana premis yang gagal mematuhi syarat lesen.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Kes curi REE : Kompaun RM500,000 bukan terhadap Sanusi : PTG Kedah
July 17, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok