Akta baharu rokok, vape dibentang Julai

March 26, 2022 · Isu semasa

Akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005, akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen Julai ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata rang undang-undang (RUU) tersebut sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara, lapor Bernama.

“Saya rasa dalam tempoh satu ke dua minggu ini dah selesai dan boleh saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Khairy pada 17 Februari lepas mengumumkan pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Terdahulu, semasa berucap Khairy berkata pengenalan akta baharu berkait dengan rokok ini merupakan satu daripada usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memperhebat kempen berhenti merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya akan bawa satu undang-undang supaya ia adalah kesalahan undang-undang untuk menjual rokok kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Memang penguatkuasaan akan menjadi cabaran.

Tiada apa yang dapat menghentikan dia untuk minta orang dewasa beli rokok untuk dia atau orang yang lahir sebelum 2005. Tapi saya rasa ini adalah langkah yang pertama ke arah kita menamatkan rokok kepada satu generasi yang menjadi ‘generational end game’,” katanya.

Khairy turut meminta sukarelawan MyCHAMPION untuk menegur orang awam yang merokok di kawasan larangan merokok.

“Saya punya penguat kuasa tidak cukup nak pergi ke setiap kedai makan nak bagi kompaun kepada yang masih degil, takkanlah kita nak buat operasi sampai bila-bila.

“Saya minta MyCHAMPION jadilah juara untuk kita tegur secara baik-baik supaya orang awam tidak lagi merokok di kawasan larangan merokok,” katanya.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok