Babak panas drama: Zul Ariffin sudah beri keterangan kepada SKMM

March 22, 2022 · Isu semasa

Pelakon Zul Ariffin yang mencetuskan kontroversi setelah menularkan klip video babak panas dalam drama Perempuan Itu, telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di ibu pejabatnya di Cyberjaya, hari ini.

Dia mengesahkan hadir dan memberi kerjasama penuh pada SKMM menerusi Instagram Storynya hari ini.

“Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SKMM berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk Perempuan Itu,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Zul Ariffin dikehendaki memberikan keterangan susulan tindakannya memuat naik video babak panas dalam drama Perempuan Itu lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa di Instagram, baru-baru ini.

Terdahulu, memetik laporan Harian Metro melaporkan SKMM mengesahkan pelakon itu hadir di ibu pejabatnya di Cyberjaya, hari ini.

Sebelumnya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter berkata, Zul akan disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berhubung perkara itu.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran sama, Annuar berkata, adegan seperti dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan lain.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok