Saksi FBI beri keterangan Najib terima dana 1MDB diseleweng AS$756 juta

March 15, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$756 juta atau bersamaan RM3.18 bilion, dedah seorang saksi Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Saksi FBI semasa memberi keterangan dalam perbicaraan di Amerika Syarikat berkata wang yang diselewengkan dan diterima Najib adalah dana AS$6.5 bilion yang diperoleh dalam pelaksanaan bon yang dilakukan 1MDB dengan Goldman Sachs.

Ejen FBI Eric Van Dorn memberi keterangan itu dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng di New York.

Dalam pada itu, saksi juga memberitahu ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.97 bilion) dana 1MDB.

Menurut laporan Bloomberg, selain Najib dan Jho Low, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Co Khadem al-Qubaisi turut menerima AS$472.8 juta yang diselewengkan daripada pelaksanaan bon itu.

Ng menerima AS$35.1 juta, manakala Tim Leissner menerima AS$73.4 juta, tambah ejen itu.

Van Dorn berkata menjejaki bagaimana dana bon itu disalurkan kepada sekurang-kurangnya 16 penerima.

Sebelum ini penyiasat telah mengesahkan Najib menerima AS$681 juta daripada bon ketiga 1MDB pada 2013.

Leissner memberi keterangan bahawa dana itu digunakan untuk untuk kempen pilihan raya tahun itu.

Menurut penyiasat, Najib kemudian memulangkan AS$620 juta dana itu.

Najib mendakwa ia dikembalikan kepada “penderma Arab”, tetapi penyiasat berkata wang itu dikembalikan kepada akaun yang dikawal oleh Jho Low.

Jabatan Kehakiman AS juga sebelum ini mengatakan Najib menerima AS$50 juta dalam dua transaksi pada 2011 dan 2012 yang diseleweng daripada 1MDB.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok