Raja bomoh pertahan ritualnya bukan syirik, tapi kerana sayang Malaysia

January 7, 2022 · Isu semasa

Langkah mengadakan ritual menolak banjir bukan amalan syirik, kata Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang mempertahankan tindakannya baru-baru ini yang menerima kecaman banyak pihak.

Ibrahim sebaliknya mendakwa langkah tersebut dijalankan kerana sayangkan kepada rakyat Malaysia yang berdepan bencana banjir besar baru-baru ini sehingga banyak kerosakan harta benda dan terdapat juga yang hilang tempat tinggal.

“Saya terpaksa buat (tolak banjir) disebabkan saya sayang rakyat Malaysia… jangan salah tafsir tiada syirik atau khurafat,” katanya dipetik dalam laporan BH.

Jelasnya lagi, beliau baru mengetahui bahawa adanya fatwa dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengenai amalan bomoh yang dilakukannya.

Justeru, Ibrahim berjanji perkara yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan itu.

“Saya mematuhi fatwa dan pada masa akan datang saya percaya tidak akan membuat perkara yang tidak baik,” katanya ketika ditemui pemberi selepas hadir prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini.

Beliau mendakwa, perbuatan tolak banjir yang dilakukan olehnya dan juga sepupunya yang digelar ‘Puteri Zaleha’ itu bertujuan untuk menyelamatkan rakyat daripada banjir.

“Air datang melimpah ruah untuk membanjirkan Malaysia, saya tahu perubatan tradisional serba sedikit jadi saya buatlah untuk membantu rakyat bukan kita buat syirik atau kurafat.

“Saya selalu memberi sokongan kepada kerajaan, saya buat kerana Allah SWT dan tiada prinsip yang tidak sihat serta tujuan saya menyelamatkan rakyat mengatasi masalah banjir,” katanya.

Katanya, dia mengakui tiada desakan daripada mana-mana pihak berhubung tindakannya.

“Minta tolak banjir itu jangan ganggu makam orang-orang tua saya di sekitar Teluk Intan, kerana kalau banjir dalam ramalan saya Teluk Intan, Kampung Gajah, Bidor, Bagan Datuk, Parit akan turut banjir apabila air naik.

Katanya, dia ditahan di kediaman di Ipoh petang semalam dan dibawa ke Pejabat JAIPk pada jam 3.45 petang.

Beliau termasuk Puteri Zaleha memberi keterangan bermula jam 9 malam sehingga 3 pagi.

Sebelum ini media melaporkan, Ibrahim disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini, hari ini.

Ibrahim, 71, bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin kalangan ahli keluarga.

Ibrahim bersama tiga individu lain ditahan Bahagian Penguat Kuasa JAIPk di kediamannya Ipoh petang semalam.

Terdahulu, video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok