Rayuan Rosmah gugur kes rasuah, gugur Sri Ram didengar pada 24 Mac

January 7, 2022 · Isu semasa

Rayuan akhir Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini, menurut laporan Bernama.

“Kedua-dua pihak perlu memfailkan hujahan masing-masing pada 9 Mac ini,” katanya hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah.

Rosmah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Dis lepas yang menolak rayuannya bagi membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon Rosmah dan membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Sept tahun lepas.

Rosmah kini di peringkat membela diri terhadap pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh RM1.25 bilion projek untuk melengkapkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan tenaga solar hibrid.

Perbicaraan kes itu akan bersambung 10 Jan ini dengan Najib akan memberi keterangan.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok