Arus deras di Sungai Telemong bukan Tasik Kenyir, kata TNB

December 31, 2021 · Isu semasa

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan arus deras seperti yang dirakamkan dalam video dan tular sejak semalam berlaku di Tasik Kenyir.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB menjelaskan arus deras yang berlaku itu adalah dari Sungai Telemong berdekatan dengan Gawi.

Menurut kenyataan itu, aliran air Sungai Telemong tidak memasuki Tasik Kenyir.

“Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.

“TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang berlaku yang mengatakan lokasi ‘Tasik Kenyir 30/12/2021’.

“TNB menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita palsu kerana boleh mencetuskan suasana cemas serta panik di kalangan masyarakat,” kata kenyataan di Facebook TNB Careline

TNB turut menjelaskan, paras air di empangan hidroelektrik di Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir TNB Genco, hari ini berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah.

“Pemantauan secara berterusan terus dijalankan dan maklumat yang berkaitan akan disalurkan kepada pihak berkenaan secara berkala,” menurut kenyataan itu.

Semalam, satu video berdurasi 18 saat yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok menunjukkan air sungai deras sehingga melimpah ke jambatan.

Berita berkaitan
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran loji
October 10, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok