Rosmah kata ‘Can I advise you something’ bukan suaranya

December 23, 2021 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan audio bocor mengaitkan suaminya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebut ‘can I advise you something?’ adalah suaranya.

Dia berkata demikian ketika menjawab pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Dia turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Terdahulu memetik laporan Mkini, Rosmah menyifatkan dakwaan perbualan bocor antara dia dan Najib sebagai mengarut.

Sri Ram: Saya katakan itu suara anda.

Rosmah: Saya tidak setuju.

Pada 8 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan beberapa rakaman perbualan telefon melibatkan Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rakaman audio dikatakan turut melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan perbualan Najib dengan pegawai kanan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, laporan juga menyebut Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengetepikan permohonan pendakwaan untuk mendakwa Rosmah kerana dituduh memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan itu tidak perlu dilakukan kerana isteri bekas Perdana Menteri itu telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan percanggahan keterangan berkenaan.

Menurut Mkini, dalam sistem kehakiman di Malaysia, pihak pendakwaan boleh memohon untuk mengemukakan pendakwaan berhubung kredibiliti saksi.

Jika mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mendakwa saksi, saksi tersebut berpotensi dikenakan penalti seperti hukuman penjara.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon mendakwa Rosmah berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah kepada mahkamah dan SPRM ketika suruhanjaya itu menyiasat kes pengubahan wang haram membabitkan dirinya pada 2018.

Pada perbicaraan hari ini, Rosmah juga menafikan dia tidak menghormati mahkamah kerana gagal hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November lalu, kerana berada di Singapura.

Sri Ram: Saya katakan kamu tidak ada rasa hormat pada mahkamah ini.

Rosmah: Saya tidak setuju.

Peguam Rosmah, Jagjit Singh membantah soalan pihak pendakwaan kerana isu itu telah diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

Rosmah sebelum ini telah memohon maaf kepada mahkamah.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok