Loji Semenyih beroperasi semula, LUAS lapor polis bau diesel

December 16, 2021 · Isu semasa

Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih yang dihenti tugas akibat pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih sebelum ini kembali beroperasi selepas mencatat bacaan 0 ton.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata LRA itu kembali beroperasi pada jam 12.30 tengah hari tadi setelah dihenti tugas kira-kira empat jam.

“Gangguan minimum segera pulih secara berperingkat. Terima kasih (Pengurusan) Air Selangor (Sdn Bhd) tangani hal ini secara pantas (hanya) ambil masa kurang empat jam untuk selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan LRA Sungai Semenyih dihenti tugas susulan pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih. Berita berkaitan

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai sekitar.

Berikutan henti tugas LRA Sungai Semenyih itu, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka mengalami gangguan air.

Sementara itu, LUAS membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam berhubung pencemaran bau di loji itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam negeri, Hee Loy Sian berkata, Surat Arahan di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 juga telah dikeluarkan kepada premis berkaitan bagi pembersihan lokasi pencemaran serta-merta.

“Insiden ini adalah insiden yang berlainan daripada yang berlaku pada Rabu melibatkan pencemaran air berbuih di Kampung Rinching Tengah, Semenyih yang berjaya ditangani oleh LUAS sebelum ia menjejaskan operasi LRA,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok