Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama

April 12, 2021 · Isu semasa

Minggu lepas, dua mahkamah Kuala Lumpur menyaksikan sesuatu yang amat jarang berlaku – kehadiran dua bekas tokoh utama perundangan negara di kandang saksi.

Namun itulah yang berlaku apabila bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, 76, serta bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, 71, hadir di mahkamah untuk memberi keterangan, masing-masing sebagai saksi dan plaintif dalam perbicaraan berbeza.

Dua tokoh itu yang tidak asing dengan kerusi hakim, menceritakan pengalaman mereka memberi keterangan dari kandang saksi kepada Bernama.

Zaki yang menjadi Ketua Hakim Negara selama tiga tahun sejak 2008, ketawa apabila ditanya sama ada beliau berasa gementar memberi keterangan buat pertama kali sebagai saksi di hadapan hakim.

“Nak kata nervous sangat itu tidaklah, cuma sedikit cemas. Sebagai hakim saya biasa duduk di atas (mendengar kes), dan semasa menjadi peguam saya duduk di tempat peguam.

“Tapi pada Rabu lepas saya duduk di bawah, di tempat saksi,” kata Zaki yang tercatat dalam sejarah kehakiman Malaysia sebagai peguam pertama dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan secara terus pada 2007.

Zaki berkata pengalaman memberi keterangan di kandang saksi itu agak menarik selain menjadi detik bersejarah bagi dirinya.

“Saya mula-mula pergi mahkamah pada 1987 semasa menjadi peguam. Minggu lepas saya pergi mahkamah sebagai saksi.

“Sememangnya itu satu pengalaman yang menarik dan hebat, menunggu di bilik saksi bersama-sama saksi lain sebelum dipanggil memberi keterangan. Sebagai bekas ketua hakim negara di Malaysia dan (ketua hakim) di Dubai, detik itu merupakan saat bersejarah bagi saya,” katanya.

Tidak ramai hakim atau peguam yang mempunyai kisah sedemikian untuk diceritakan kepada cucu mereka, tambah beliau.

Pada November 2018, Zaki menjadi tajuk berita utama apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) iaitu mahkamah yang mengendalikan pertelingkahan sivil serta komersial di Dubai, antara pusat kewangan utama dunia.

Pada Rabu lepas, Zaki memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai saksi keenam pendakwaan dalam perbicaraan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan kontrak penyelenggaraan sistem.

Zaki memberi keterangan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah, jawatan yang dipegang beliau dari 3 April 2013 hingga 31 Julai 2018.

Sementara itu, Mohamed Apandi yang kini bertugas sebagai peguam, merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik ke jawatan Peguam Negara pada 2015.

Beliau juga menyifatkan pengalaman pertamanya memberi keterangan di mahkamah itu sebagai sesuatu yang hebat.

“Saya tidak rasa nervous sebab mahkamah dah jadi seperti playground (padang permainan) bagi saya. Saya pergi mahkamah hari-hari. Saya dah biasa tengok saksi angkat sumpah dan beri keterangan. Bila saya beri keterangan saya tenang saja,” katanya.

Mohamed Apandi yang menjadi Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap veteran DAP Lim Kit Siang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok