Sumbangan kepada Yayasan Akalbudi bukan hasil haram: Peguam Zahid

November 30, 2021 · Isu semasa

Peguam yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pendakwa terkhilaf dalam merumuskan sumbangan ke dalam akaun amanah Yayasan Akalbudi melibatkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata pengurup wang Omar Ali Abdullah yang merupakan saksi ke-81 pendakwaan tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan ketika menukarkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada beberapa keping cek sebelum menyerahkannya kepada akaun firma undang-undang Tetuan Lewis & Co.

Bernama melaporkan, Hisyam sebagai berkata bukti daripada Omar Ali bahawa wang berkenaan datang daripada Yayasan Al Bukhary tidak pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adalah jelas Omar Ali tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan di bawah undang-undang bank. Dalam hujah yang diutarakan, pihak pendakwaan melakukan beberapa salah tanggapan.

“Tiada bukti langsung dari mana wang itu datang. Salah tanggapan menunjukkan tiada siasatan dibuat,” beliau berkata demikian dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan terhadap Zahid yang berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hisyam berkata tindakan pendakwaan yang berdasarkan peruntukan Seksyen 4 (3) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan merumuskan bahawa ia adalah aktiviti menyalahi undang-undang, juga tidak berasas.

Menurut pertuduhan ke-27 pengubahan wang haram, Zahid didakwa mengarahkan pengurup wang Omar Ali untuk menukarkan RM7,511,250.20 dalam tunai kepada 35 keping cek dan didepositkan ke dalam Yayasan Akalbudi untuk membeli simpanan tetap di Maybank.

Sementara itu, Hisyam berkata pendakwaan juga bersetuju dengan sumbangan saksi ke-78 pendakwaan, Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah yang juga Pengarah Bukan Eksekutif MyEG Services Sdn Bhd kepada yayasan itu.

Mohd Jimmy Wong dalam testimoninya berkata beliau mendermakan lebih daripada RM9 juta kepada Yayasan Akalbudi dengan kerelaan hatinya untuk kebajikan dan bagi tujuan keagamaan dan ia tiada kaitan dengan syarikat MyEG Services.

Dalam hal ini, Hisyam berkata disebabkan pihak pendakwan gagal menunjukkan proses pengubahan wang haram itu berlaku sebagai satu elemen dalam pertuduhan, maka kes terhadap anak guamnya tidak sepatutnya diteruskan.

Presiden UMNO itu berdepan 47 pertuduhan – 12 daripadanya pecah amanah jenayah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pendengaran hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok