MP Sepanggar hanya diambil keterangan bukan tindakan: PDRM

November 25, 2021 · Isu semasa

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman hanya diambil keterangan dan bukannya diambil tindakan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Mazlan mengesahkan Azis dipanggil bagi mendapatkan keterangannya dan menjelaskan ia hanya siasatan biasa berhubung ucapannya ketika persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Kita terima laporan, maka jalankan siasatan, selepas itu akan dirujuk ke AGC (Jabatan Peguam Negara).

Ini baru siasatan dan bukan ambil tindakan,” katanya semasa sidang media berhubung tindakan terhadap bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu.

Polis merakam keterangan Azis selepas beliau membangkitkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pengagihan peruntukan kerajaan terhadap Sabah ketika membahaskan Bajet 2022, awal bulan ini.

Sementara itu, Mazlan berkata, PDRM menyerahkan kertas cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyewa rumah daripada pihak swasta bagi menangani masalah kekurangan kuarters pegawai dan anggota pasukan itu terutama di bandar besar khasnya Kuala Lumpur.

“Keperluan untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai dan anggota kita adalah sangat mendesak, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Elaun perumahan diterima anggota sekitar RM300 sebulan, di mana hendak cari rumah sewa pada harga begitu di Kuala Lumpur, sewa bilik bolehlah.

“Maka kita kemukakan cadangan kepada KDN bagi mencari jalan penyelesaian (menyewa) dan kita harap ia dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu katanya, projek perumahan PDRM di Maran yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu kini disiapkan dan dijangka boleh diduduki awal tahun depan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penggunaan gajet: Kanak-kanak terdedah kepada risiko rabun jauh
October 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok