Negara rekod aliran wang keluar RM103.2 bilion setakat Sept: Zafrul

November 25, 2021 · Isu semasa

Aliran wang kuar negara yang direkodkan setakat September tahun ini adalah sebanyak RM103.2 bilion, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata jumlah tersebut meliputi transaksi berjumlah RM80.9 bilion membabitkan bayaran pampasan pekerja sebanyak RM9.7 bilion dan bayaran pendapatan pelaburan bernilai RM71.2 bilion.

“Tahun lalu, aliran wang keluar Malaysia bagi akaun primer dan sekunder adalah berjumlah RM112.3 bilion.

“Ini merangkumi transaksi seperti bayaran pampasan pekerja berjumlah RM14.1 bilion serta pendapatan pelaburan sebanyak RM68.4 bilion, termasuk penghantaran balik keuntungan dan dividen oleh pelabur asing di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun (DAP) dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, jumlah kutipan hasil daripada levi keuntungan luar biasa ke atas kelapa sawit, levi kenderaan barang, levi pelepasan dan levi pekerja asing adalah berjumlah RM2.2 bilion, tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi satu peratus daripada nilai keseluruhan kutipan hasil Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun ini dilihat kecil dalam menyumbang kepada kutipan hasil negara, ia masih membantu membiayai perbelanjaan operasi kerajaan.

“Setiap kutipan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan disalurkan kepada perbelanjaan seperti emolumen, bayaran khidmat hutang dan persaraan,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok