Bayaran GKP 2.0 kepada pengusaha PKS disalur bermula hari ini

November 23, 2021 · Isu semasa

Lebih sejuta peniaga perusahan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima bayaran Geran Khas Prihatin atau GKP 4.0 Fasa 2 yang mula disalurkan hari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata, bayaran Fasa 2 itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta juta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Melalui Bajet 2022, kerajaan terus kekal memberikan sokongan kepada PKS Mikro di seluruh negara. PKS Mikro boleh melihat manfaat yang sesuai untuk perniagaan mereka di portal Bajet 2022: https://budget.mof.gov.my/manfaat/,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau akui teruja dengan cara PKS Mikro memanfaatkan GKP yang diberikan kerajaan sejak awal pandemik.

Tengku Zafrul berkata, selepas Majlis Perasmian Pas Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di KL Sentral semalam, beliau sempat meninjau aktiviti perniagaan di hab pengangkutan awam itu.

“Saya mengambil peluang bertemu dengan penerima GKP yang berniaga sekitar KL Sentral dan sempat beramah mesra dan mendengar perkongsian daripada Puan Mazlin. Teruja saya mendengar cerita Puan Mazlin mengenai cara beliau memanfaatkan GKP 1.0 yang pertama diberikan oleh kerajaan.

“GKP 1.0 menjadi titik tolak beliau untuk mula berniaga kopi selain perniagaan baju. Kini beliau telah mengembangkan perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan di stesen yang lain,” katanya.

Katanya, beliau berharap peniaga kecil seperti Puan Mazlin akan terus memanfaatkan bantuan yang disalurkan kerajaan seperti GKP ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok