Gagal guna MySejahtera masuk premis kesalahan paling banyak

November 22, 2021 · Isu semasa

Kegagalan menggunakan aplikasi MySejahtera ketika memasuki premis adalah antara kesalahan lazim mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam tempoh minggu epidemiologi ke-46 iaitu dari 14 hingga 20 November berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu kesalahan lain yang dicatatkan ialah gagal memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal, pemilik premis gagal menyediakan peralatan saringan suhu yang berfungsi, serta gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri.

Beliau berkata setiap minggu KKM sentiasa giat melakukan aktiviti penguatkuasaan pematuhan SOP di seluruh negeri.

Menurutnya, kadar kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah akta itu dalam tempoh minggu epidemiologi berkenaan meningkat 37 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Sebanyak 344 kompaun dikeluarkan kepada individu pada minggu epidemiologi ke-46 berbanding 251 kompaun pada minggu ke-45.

“Peningkatan kompaun yang dikeluarkan ini menunjukkan masih ramai penduduk Malaysia yang alpa terhadap pengamalan prosedur operasi standard (SOP) sebagai pencegahan Covid-19 seterusnya berisiko tinggi untuk menyebarkan atau mendapat jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata indikator utama jangkitan Covid-19 menunjukkan trend penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat enam peratus dalam minggu epidemiologi ke-46 berbanding minggu sebelumnya.

Katanya purata kes aktif menunjukkan peningkatan daripada 62,224 kes pada minggu epidemiologi ke-45 kepada 65,722 kes dalam minggu epidemiologi ke-46.

Menurutnya, trend penurunan kes aktif yang dulunya konsisten selama 10 minggu kini menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran rentas negeri diumumkan.

“Kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat menerusi kemasukan kes ke fasiliti kesihatan terutama bagi pesakit kategori tiga hingga lima mulai meningkat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keberkesanan vaksin Covid-19 dalam mengurangkan kematian dapat dilihat dengan keseluruhannya terdapat penurunan kes kematian, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dan kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok