Jet pejuang Hawk terhempas di Butterworth

November 17, 2021 · Isu semasa

Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk disahkan terhempas lewat malam tadi di Butterworth, Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan Markas Tentera Udara, insiden kemalangan tersebut dilaporkan berlaku jam 10 malam di landasan Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita tidak sahih,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memaklumkan seorang anggota terkorban manakala seorang lagi cedera akibat insiden itu.

Hishammuddin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Panglima TUDM Tan Sri Ackbal Abdul samad.

“TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang meninggal dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini,” kata beliau dalam ciapan di Twitter.

Katanya lagi, anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera dan pihak kementerian telah diarah untuk menyalurkan sebarang keperluan kepada kedua-dua anggota yang terlibat.

Berita berkaitan
Letak diri ditempat rakyat bukan formula semata-mata, Hisham tegur menteri
October 26, 2023· Politik
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023· Isu semasa
Penilaian, rundingan harga 36 pesawat tempur selesai: Hisham
October 27, 2022· Isu semasa
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
September 28, 2022· Dunia
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok