Letak diri ditempat rakyat bukan formula semata-mata, Hisham tegur menteri

October 26, 2023 · Politik

Semua menteri kerajaan campuran perlu meletak diri mereka berada ditempat rakyat bagi merasai kepayahan hidup sekarang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong itu menegur menteri kerajaan campuran supaya tidak bergantung kepada formula semata-mata dan perlu mencari penyelesaian yang cepat untuk membantu rakyat yang sedang susah, disamping kecewa dengan kehadiran ahli Kabinet semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

“Saya di sini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi hanya memberi pandangan supaya kerajaan mesti dilihat sebagai pihak yang mampu memberikan harapan dan sandaran kepada rakyat.

“Letaklah diri di tempat mereka, rasai kesusahan dan fikirkan kebimbangan mereka. Bukan sekadar formula semata-mata.

“Insya-Allah, tindakan itu akan seiring dengan apa yang diperlukan dan diharapkan oleh rakyat,” katanya sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini.

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024 iaitu belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu RM303.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau mengikuti pengumuman dan perancangan diumumkan Anwar, namun merasakan tiada tindakan segera dilakukan daripada barisan menteri.

“Sebagai contoh, beratus bilion berkaitan pelaburan langsung asing diumumkan, pelbagai MoU (memorandum persefahaman) telah ditandatangani bersama pelbagai negara dari pelbagai sektor antaranya telekomunikasi, keselamatan, tenaga, automotif dan banyak lagi.

“Namun apakah tindakan susulan yang telah dilakukan. Tindakan menteri-menteri tidak mencukupi jika hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial, tindakan mesti diperlihatkan dan rakyat merasai hasil tindakan tersebut,” katanya.

Untuk rekod, sidang Dewan Rakyat sebelum ini sudah dua kali ditangguh semasa sesi perbahasan ekoran kurang Ahli Parlimen yang berada dalam sesi mesyuarat.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok