Penilaian, rundingan harga 36 pesawat tempur selesai: Hisham

October 27, 2022 · Isu semasa

Penilaian fizikal dan rundingan harga bagi perolehan 36 pesawat tempur ringan (LCA) telah selesai dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Pertahanan sementara itu berkata, laporan penuh berhubung perolehan aset itu sudah diterima kementeriannya.

“Rundingan harga dengan petender yang disyorkan sendiri dengan pengguna akhir iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah selesai. Kita kini menunggu keputusan Kementerian Kewangan.

“Ini janji saya kepada TUDM, kita amat memerlukan LCA ini dan saya percaya tiada masalah jika kita menggunakan kaedah sebelum ini di mana aset ditentukan oleh ‘pengguna akhir’,” katanya menurut The Star.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Batalion 850-10 (MALBATT 850-10) Ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Sebelum ini, Global Business Press pada Julai lalu memetik sumber mengatakan TUDM berkemungkinan akan memilih jet pejuang FA-50 Golden Eagle Korea Selatan, untuk program pesawat tempur ringannya.

Selain daripada Tejas milik Hindustan Aeronautics Limited (HAL), JF-17 China-Pakistan, Mig-35 dan Yak-130 Russia, serta Hurjet Turkish Aerospace turut terlibat dalam LCA Malaysia.

Persaingan itu dilaporkan telah mengecil kepada jet Korea, India dan Turki.

Sementara itu, mengulas berkenaan ketiadaan lawatan evaluasi yang dibangkitkan petender, Hishammuddin berkata, perkara seperti itu akan sentiasa dibangkitkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kalau nak cari salah, memang macam-macam tambahan dekat PRU. Saya percaya, selepas ini semua aset dan proses akan dipertikaikan.

“Tetapi kalau hendak tuduh perlu sertakan bukti dan fakta. Bagi saya, kalau sudah salah tetap salah dan kita akan salurkan kepada agensi yang akan menentukan tuduhan, biar mereka siasat,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, sebanyak lapan syarikat antarabangsa dilaporkan membida tender pembekalan 36 jet LCA TUDM.

Tender terbuka berkenaan dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan sejak 22 Jun dan ditutup pada 22 September tahun lalu.

Perolehan itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 buah model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan lebih sedekad lalu.

Langkah itu turut membabitkan penggantian tujuh buah jet latihan penggempur (FLIT) model Aermacchi MB-339CM buatan Itali, yang ketika ini ditempatkan di Pulau Pinang.

Berita berkaitan
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Bekas setiausaha sulit didakwa tipu tawaran projek kerajaan
July 4, 2023· Isu semasa
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023· Politik
UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN: Khairy
June 5, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok