UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN: Khairy

June 5, 2023 · Politik

UMNO dijangka berdepan kekalahan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi bakal diadakan, ramal Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jangkaan tersebut dibuat bekas Pemuda UMNO susulan jemputan dibuat pemimpin parti kepada bekas ahli-ahlinya untuk menghadiri ke Perhimpunan Agung (PAU) yang berlangsung pada Rabu ini.

“PRN UMNO bungkus,” katanya dalam ruangan komen Instagram.

Hantaran itu dibuat dalam ruangan komen Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengulas berhubung jemputan ke PAU 2023.

Pada Januari, Khairy dipecat daripada UMNO sementara Hishammuddin digantung daripada parti selama enam tahun. Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha menyingkirkan pihak yang tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Hishammuddin dalam hantaran Facebook berkata akar umbi rindu kepada UMNO yang asal dan jemputan yang dibuat baru-baru ini seakan menyindir, langsung tidak menggambarkan usaha untuk memulihkan parti.

“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal.

“Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh – ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara berseloroh ‘mengajak’ mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui kain samping UMNO mereka pada PAU 2023, yang dijadual pada 7 Jun hingga 10 Jun ini.

Kemudiaan, Zahid berkata mereka yang “rindu parti” boleh hadir pada PAU sebagai pemerhati, tidak seperti tahun-tahun lepas di mana mereka akan menjadi sebahagian daripada perwakilan rasmi.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
24 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok