IGP jelaskan mengapa khidmat pengiring Najib dikekalkan

November 16, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tampil menjelaskan keputusan mengekalkan khidmat pengiring keselamatan dan trafik kepada Datuk Seri Najib Razak susulan pertikaian berhubung isu tersebut.

Acryl Sani berkata khidmat pengiring tersebut akan dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah ia walaupun orang ramai menimbulkan persoalan berhubung keistimewaan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri walaupun sudah disabitkan hukuman jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kedua-dua khidmat itu disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan peruntukan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan kepada bekas perdana menteri.

“Di bawah peruntukan itu, PDRM akan memberikan perkhidmatan berkenaan kepada semua bekas perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan pertikaian oleh beberapa pihak sejak akhir-akhir ini, mengenai khidmat pengiring keselamatan dan trafik untuk bekas perdana menteri berkenaan, walaupun sedang berdepan kes di mahkamah.

Sebelum ini, netizen mempertikaikan kewajaran Najib menikmati kemudahan khidmat pengiring keselamatan dan trafik, walaupun sudah dijatuhi hukuman penjara dan kini dalam proses rayuan.

Najib yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama sembilan tahun hingga 2018 disabitkan kesalahan rasuah tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun susulan salah laku melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan kini sedang merayu keputusan mahkamah tersebut selain turut menggesa siasatan dilaksanakan, menyifatkan pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Ketika ini, Najib masih menyandang jawatan ahli Parlimen namun Perlembagaan melarangnya bertanding dalam pilihan raya kecuali mendapat pengampunan atau penangguhan hukuman dari Yang di-Pertuan Agong

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok