Jangan jual nama Pejuang dalam PRN Melaka: Dr M

November 11, 2021 · Politik

Parti Pejuang menafikan pihaknya meletak calon proksi yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan di blog sekali lagi menegaskan bahawa parti itu telah mengumumkan tidak akan turut serta di dalam PRN Melaka serta tidak menyokong mana-mana pihak.

“Bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas. Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

“Saya harap dengan penjelasan ini, tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya lapor Bernama.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang bertanding atas tiket Bebas turut menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket Pejuang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN itu diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok