Kes positif Covid-19 dalam program di villa tempat BN berkumpul

November 11, 2021 · Isu semasa

Seorang pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah sudah disahkan positif Covid selepas menghadiri program sehari sebelum penamaan calon di Villa D Aqua, Masjid Tanah, Melaka.

Ujian saringan terhadap tujuh pelajar yang bersimptom mengesan seorang sudah disahkan positif, menurut Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman yang mengesahkan kes jangkitan Covid-19 di villa yang dijadikan tempat berkumpul pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Tanjung Bidara.

Pihak kesihatan juga sudah mengasingkan semua pelajar yang menghadiri program tersebut.

“Semalam (kelmarin) dimakumkan ada tujuh orang simptomatik. Keputusan saliva mendapati seorang pelajar positif.

“UiTM mengambil tindakan untuk mengasingkan semua yang hadir ke program itu. Seramai 40 orang disaring dan siasatan masih diteruskan,” kata dipetik laporan MalaysiaNow.

Terdahulu, tular beberapa gambar dalam media sosial berhubung dakwaan tujuh orang pelajar UiTM didapati positif Covid-19 selepas pulang daripada sebuah program dianjurkan BN Melaka pada 4 hingga 7 November.

“Semua pelajar tersebut pulang ke kampus pada 7 hari bulan lepas tamat program di Villa D Aqua, Masjid Tanah, Melaka,” menurut posting yang tersebar di media sosial itu.

Gambar-gambar dalam program tersebut juga tular.

“Bila pulang ke kampus, daripada berpuluh pelajar, tujuh didapati positif Covid-19.”

Menurut posting itu, keesokan harinya pada 8 November penyokong-penyokong BN berkumpul di villa tersebut bersarapan pagi sebelum pergi ke pusat penamaan calon untuk mengiringi calon BN bagi DUN Tanjung Bidara Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir pada pagi itu ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyokong Rauf.

Setakat ini pihak BN masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes Covid-19 yang dikesan di villa tersebut.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok