Dron tidak boleh digunakan semasa PRN Melaka: Polis

November 6, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang mewartakan Melaka sebagai zon larangan menerbangkan dron sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjamin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata cadangan berkenaan yang masih di peringkat perbincangan dengan pihak Peguam Negara dijangka dimuktamadkan Isnin ini.

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan dron bagi parti politik di negeri itu sepanjang PRN Melaka akan dibenarkan dengan syarat ketat antaranya mendapatkan permit daripada pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Bagi saya dron merupakan satu ancamam, ia boleh digunakan untuk tujuan baik dan buruk termasuk mewujudkan ancaman dan provokasi. Dron boleh digunakan untuk membawa senjata, gas beracun, cecair yang menyebabkan melecur dan bom.

“Dron juga mungkin digunakan untuk melakukan ‘pendaratan kecemasan’ terhadap kumpulan tertentu yang mungkin (disebabkan) rasa tidak puas hati dan sebagainya,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu merasmikan Upacara Penutupan Kursus Light Strike Force (LSF) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah.

Dalam perkembangkan lain, beliau berkata sebanyak 17 sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan di Melaka termasuk di pintu masuk negeri itu dan laluan tikus sepanjang PRN bagi memastikan tiada pergerakan individu tidak berkenaan masuk ke negeri itu.

“Kita akan memeriksa sijil vaksinasi individu yang masuk ke Melaka dan jika mereka balik mengundi, kita akan periksa sama ada dia merupakan pengundi yang berdaftar di sini,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata 17 pasukan LSF melibatkan 159 pegawai dan anggota, 84 anggota Unit Pencegah Rusuhan (PORU) dan 128 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan bersiap sedia menjaga keamanan negeri itu sepanjang tempoh PRN Melaka.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Wajib kuarantin lepas pulang dari luar negara
October 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok