Lapan pakej bantuan kerajaan PN berjaya pulihkan ekonomi rakyat, negara

October 29, 2021 · Isu semasa

Lapan pakej bantuan yang diperkenalkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu adalah penyelamat, selain membuktikan kerajaan tidak alpa dalam memelihara rakyat serta merangsang sektor ekonomi.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah memperuntukkan RM530 bilion bagi membantu rakyat dan merangsang ekonomi ketika pandemik itu.

Jumlah itu katanya tidak termasuk peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2021.

“Dalam soal memelihara rakyat dan perniagaan, kita tak pernah alpa. Walau digasak pelbagai cabaran dalam ruang fiskal yang terhad, Kerajaan tetap mencari jalan menyediakan bantuan kepada yang memerlukan.

“Bukanlah perkara yang mudah, tetapi Alhamdulillah, sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi telah disediakan Kerajaan dengan jumlah keseluruhan 530 bilion ringgit, yang tidak termasuk peruntukan Belanjawan 2021.

“Pakej-pakej inilah yang telah memastikan kita – ada makanan dihidangkan, ada didikan buat anak watan, ada perniagaan yang dipertahan, ada pekerjaan yang diciptakan dan pastinya masih ada lagi sebuah kehidupan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Untuk rekod, lapan bantuan kepada rakyat dan sektor perniagaan diperkenalkan ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Antara yang terbesar ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yang dilancarkan Muhyiddin pada Mac 2020, dan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diperkenalkan pada Julai lalu.

Tengku Zafrul berkata melalui pakej itu juga pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini menguncup 5.6 peratus pada 2020, kini telah berkembang 7.1 peratus setakat separuh pertama 2021.

“Walaupun suku ketiga tahun ini dijangka terkesan ekoran PKP ketiga, namun suku keempat dijangka akan memulih apabila hampir semua negeri beralih ke fasa empat serta sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

“Keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi kita dijangka berkembang antara 3 hingga 4 peratus bagi tahun ini, Insya-Allah,” katanya.

Menurutnya, ekonomi negara diunjur terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus berpaksikan asas ekonomi yang masih kukuh dan strukturnya yang pelbagai, tahun depan.

“Namun, prestasi ini turut bergantung kepada faktor-faktor lain, antaranya kejayaan mengawal pandemik, keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi serta keteguhan prospek ekonomi dan perdagangan dunia,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok