3,000 notis kesalahan merokok dikeluarkan setakat Okt: Khairy

October 26, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengeluarkan sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan telah dikeluarkan sejak Januari hingga 24 Okt tahun ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata daripada keseluruhan notis yang dikeluarkan, Terengganu merupakan antara lima negeri yang merekodkan pengeluaran notis tertinggi dengan 652 notis diikuti Pahang (601), Sarawak (365), Perak (356) dan Kuala Lumpur (303).

Beliau berkata notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempergiat aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan khususnya selepas peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran makan di tempat makan telah diberikan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Semua tempat makan termasuk restoran berhawa dingin dan tempat makan terbuka telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 berkuat kuasa 1 Jan 2019 di seluruh negara.

Khairy menegaskan larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok sebaliknya dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat itu kepada golongan perokok serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling perokok.

Katanya KKM komited membantu golongan berkenaan untuk berhenti merokok dan pendaftaran bagi perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok