UMNO tak terima larangan berhimpun semasa PRN: Ahmad Maslan

October 25, 2021 · Isu semasa

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membantah keras keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang sebarang aktiviti perhimpunan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Ahli Parlimen Pontian itu tidak berpuas hati kerana varian delta dijadikan alasan, malah Ahmad menegaskan majoriti orang ramai sudah diberikan vaksin jadi aktiviti berhimpun perlu dibenarkan bagi membolehkan ahli politik disayangi rakyat dapat bertemu dengan mereka.

“SOP di Melaka ini kita tak boleh terima, saya sendiri sebagai anggota yang menyokong kerajaan tak boleh terima,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, varian delta mempunyai kadar penularan yang cepat berbanding varian Covid-19 yang biasa dan orang ramai yang divaksin bukan jaminan tidak akan dapat dijangkiti virus tersebut.

Pada masa sama, DAP dan PKR juga meluahkan bantahan terhadap garis panduan terbaharu yang dikeluarkan oleh KKM tersebut semalam.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 18 November.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam mengumumkan parti politik tidak dibenarkan mengadakan sebarang bentuk perhimpunan sepanjang PRN Melaka berkuat kuasa esok sehingga 27 November depan.

Keputusan larangan itu diambil bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak.

Larangan ini berdasarkan peruntukan di bawah Subperaturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U.(A) 293/2021) yang dibuat mengikut Subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok