Bajet 2022, lantikan Timbalan Speaker tumpuan sidang Dewan Rakyat

October 25, 2021 · Isu semasa

Tumpuan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bermula esok pastinya memfokuskan kepada dua isu utama iaitu Bajet 2022 dan pelantikan Timbalan Speaker yang baharu.

Bajet 2022 merupakan yang pertama kali dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak mengangkat sumpah pada 21 Ogos lalu yang kini terpaksa bergantung kepada sokongan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Fokus Bajet 2022 akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah pemulihan ekonomi yang akan dirancang kerajaan disamping tidak mengabaikan aspek kebajikan rakyat yang terjejas selepas berdepan krisis kesihatan Covid-19 hampir dua tahun kini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Bajet 2022 berfokuskan kepada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery); membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

Beliau berkata, seperti pembentangan bajet yang lalu, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan dalam Bajet 2022 kali ini.

“Berpegang kepada konsep pendekatan senegara, Kementerian Kewangan (MOF) telah melaksanakan program Jelajah #Bajet2022, bagi membolehkan kami turun padang bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Ini adalah untuk memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi,” katanya.

Selain itu turut diadakan adalah 76 sesi libat urus secara langsung bersama semua Menteri dan kementerian termasuk pihak parti pembangkang.

Berbeza ketika pentadbiran terdahulu, Ismail Sabri perlu menunaikan janjinya yang dimerterai dalam MoU bersama pembangkang sebelum ini sekiranya tidak mahu ia tidak mendapat sokongan semasa pengundian nanti.

Untuk rekod, Bajet 2022 selepas dibentangkan perlu melalui proses pengundian di setiap peringkat kementerian sebelum ia diluluskan, sekiranya tidak mendapat sokongan berkemungkinan perbelanjaan kerajaan tidak dapat digunakan.

Bajet 2022 akan dibentang Zafrul pada Jumaat ini.

Pembangkang sudah mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Ismail Sabri berhubung beberapa isu, antaranya melibatkan pertuduhan terhadap mereka yang dikatakan kluster mahkamah dalam UMNO dan terbaharu krisis politik di Melaka yang menyaksikan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan.

Selain itu, Dewan Rakyat juga perlu memilih Timbalan Speaker bagi menggantikan Ahli Parlimen (MP) Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said selepas pemilihan tersebut ditangguhkan pada sidang yang berlangsung dari 13 September hingga 12 Oktober sebelum ini.

Ismail Sabri yang pada mula mencalonkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan terpaksa membatalkan rancangan tersebut selepas gagal mendapat sokongan rakan parti dalam kerajaan sendiri.

Penolakan tersebut susulan MP Pontian itu yang berdepan pertuduhan di mahkamah.

Ahmad kemudian menarik diri dan UMNO menamakan calon baharu iaitu MP Cameron Highlands Ramli Mohd Nor yang akan bersaing dengan calon Pakatan Harapan iaitu MP Teluk Intan dari DAP, Nga Kor Ming.

Jika calon dikemukakan UMNO kali ini juga ditolak, ia secara tidak langsung akan memberi tamparan hebat kepada Ismail Sabri yang juga berdepan dengan tekanan selepas belum ada sebarang usul percaya dijalankan walaupun berjanji pada awalnya.

Persidangan kali ini ini akan berlangsung dari 25 Oktober hingga 26 Disember.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok