Anak Najib tarik permohonan gantung keputusan mahkamah isu cukai RM37.6 juta

October 22, 2021 · Isu semasa

Anak kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin hari ini menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili anak bekas perdana menteri itu berkata, penarikan balik permohonan tersebut berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan permohonan Mohd Nazifuddin untuk menggantung sementara pelaksanaan penghakiman terus diperoleh LHDN berhubung pembayaran cukai berkenaan.

“Pada prosiding pengurusan kes hari ini secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Rini Triany Muhamad Ali, mahkamah membenarkan permohonan kami untuk menarik balik permohonan yang difailkan pada 22 April lepas dengan kebebasan (untuk memfailkan semula permohonan) dan tanpa kos,” katanya lapor Bernama.

Prosiding itu turut disertai Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.

Pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Mohd Nazifuddin bagi menuntut tunggakan cukai berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Mohd Nazifuddin dan bapanya, Najib untuk menangguhkan sementara pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh LHDN sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua mereka menfailkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 9 September lepas yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok